My Blog List

Monday, September 17, 2012

Farmville

selamat pagi rakyat malaysia...
Entry kali ni cerita pasal farmville..tau tak kelas ape itu farmville..hehhehe..
sebenarnya aku rindu zaman belaja kat universiti dulu..kalau time2 macam ni sibukla aku dgn romate kesayangan aku tu,berebut-rebut bukak farmville..
memang memberi kesan sguh farmville nie..
sampaikan kalau tidur leh je kami kunci jam nak bangun kul brapecoz takut pokok kami mati...hahahhaha..

tapi best..tu jelah cara nak hilangkan bosan,tambah2 hari minggu coz aku ngan romate aku bkn jenis kaki berjalan..org lain hari minggu sibuk dating ngan pakwe..aku n romate sama-sama pakwe duk jauh..huhuhuhu..no dating2...

siang malam tulah keje kami..main farmville..sampaikan duk dlm kelas pun teringat kat pokok..hahhaha..
kenangan yang tak mungkin aku lupakan..dan kalau nak tahu, sampai skrg romate dia ckp dia masih main..aku da lama xbukak..mmg xder masa...

dan hari ni, di kesempatan yg ader, aku try gak bukak..nak tgk ape dah jadik..hehehehe..

dan yg tahu games farmville dlm fb ni, kalau masih main, reti main, syok main, selamat berfarmville aku ucapkan...hehehehe...

Thursday, September 13, 2012

duri dalam daging...

Duri dalam daging... jwapan untuk soalan peribahasa percubaan spm bahasa melayu..hehehehe..

ader maksud tersirat di sebalik peribahasa tersebut..
kenapa, mengapa, bagaimana, di mana, siapa....
 hehehhe..it's a long story.. sometimes i think, should i've been friend with the people like that(menjadi persoalan di minda)
no..no..no... because of that, i don't believe all people around me.. 
why... coz some people ni,depan kita mulut dia amat-amat manis..( ape punya cg bm da...)..
tapi belakang kita, ape tak kata..

Pengalaman mendewasakan kita..dan dengan pengalamanlah kita dapat mengenali anasir-anasir seperti ini..
dan apa yang aku buat, duduk, dan bersama-sama bermain wayang dgn org2 yg manis mcm pavlova nie..rangup di luar,lembut di dalam (ape kaitan ni....)hehehhe.. ore klate oyak main angin, jage dok sekat angin ore....

                          tiada kaitan dgn post di atas, pic ni diletak sb teringin nk mkn..huhuhu




 

aku yg sibuk..


salAm semua...

hari ini baru aku berkesempatan membuka blog yg telah lm berhabuk tidak digilap.. mmg aku btl2 sibuk, sibuk dgn anak, sekolah, dgn bdk2 spm yg nk trial exam, dgn tugas sebagai guru tingkatan yg kena wat mcm2.. ( org yg xtau mmg la kate tugas guru ni senang, huhu) mmg byk btl keje, nk menghadapi karenah pljr yg bermacam ragam.. adoi.. pening aku.. ape2 itulah cbrn dunia yg aku pilih.. chaiyok2..

Minggu ini pun aku akan sibuk jugak..sebabbbbbb... PM akan dtg Bintulu sempena hari malaysia pd 16 sept nanti..dan semua cikgu cikgu diminta untuk hadir dari pukul 6.30pm lagi kena berkumpul kat sekolah (tak semayang maghrib ke)..ooo..tidak,semua guru akan sembahyang berjemaah di surau sekolah..

rasa malas nak pergi tu ader gak..sebabnya terpaksa tinggalkan amsyar..erm,ataupun mungkin akan aku bawa amsyar sekali..malam-malam nak kena tinggal umah pengasuh tak best jugak..

stop busy yg tu...

yang lain plak, semak kertas BM pelajar yg bermacam-macam tulisan dan ayat,dan kesalahan, dan ejaan dan banyak lagi dan...adoi..mujurlah ramai yg meningkat,daripada gagal boleh dapat D..ok la tu kan.. seorang pelajar yg memang malas,setelah diberi jampi serapah, sembur dengan air sirih, bagi makan gula-gula banyak-banyak, akhirnya...ader perubahan..Alhamdulilah..perasaan yg amat2 best...

satu kelas lagi aku tak siap semak..tadi kat sekolah baru siapkan analisis item untuk bm kertas 2..sangat2 memeningkan dan rase nak termuntah..bayangkan, terpaksa catat semua yg pelajar betul dan salah,markah dia satu persatu.. yang suka sangat menghina tugas guru ni,kalau bagi analisis item ni pun boleh termuntah.. bukan bm sahaja,tetapi semua subjek yang kena wat..tu satu, yang jadik guru tingkatan plak(aku guru tingkatan 4i :).. kena wat kad nilam pelajar, kena isi markah ko-k pelajar..tu tak siap key-in markah lagi..malam ni aku pulun wat..

memang banyak kerja yang kena wat, tapi, itulah tugas aku.. dengan anak yg sibuk menolong kita sama pun terpaksa buat lagi.. anak pun kadang-kadang di abaikan..main pen sorang2,tarik buku sorang2,masuk bwh meja,kutip itu ini then masuk mulut..ibunya sibuk..hahahhaha..

amsyar da biasa dengan keadaan ini..dari umur 3bln sampai sekarang, dunia amsyar penuh dengan kertas, pen, buku..hehehe.. dari kecik lagi masuk sekolah..ader meeting, sukan, perjumpaan dgn pelajar, bersih kelas, bersih sekolah, amsyar akan menemani aku(kalau suami aku sibuk gak)..tapi, amsyar bdk baik..dia tak pernah buat perangai semasa aku bawa dia ke sekolah ataupun time aku buat kerja..dia hanya kacau sepahkan buku2 dan fail2 aku dlm rak, tarik kertas yg nak kuar dari printer,then aku print lain, masuk bawah meja, amik tong sampah,conteng lengan,kaki aku dgn pen..itu semua small matter kate mat saleh la..

ape2 pun, aku suka jadik cikgu... sesibuk mana pun, sebanyak mana kerja pun, aku jarang nak stress.. sebabnya... aku akan ikhlaskan diri aku buat semua itu..dan keje pun akan siap dgn cemerlangnya..hehehe..

aku bangga jadik cikgu.....


Nota Pahlawan Buntung

nota : Pahlawan Buntung Tingkatan 5

Cerpen Pahlawan Buntung
(S. Othman Kelantan)

Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

1. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup.
2. Persoalan keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.
3. Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.
4. Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.
5. Persoalan berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup.
6. Persoalan hormat kepada warga tua atau warga emas

Secara keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu;
(i) Permulaan
Watak Pak Husain diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang telah berlaku berdasarkan fizikal.
(ii) Perkembangan
Dialog antara Pak Husain dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap peperangan yang menyebabkan keluarganya berpindah. Pada ketika itu Pak Husain berusia 30 tahun dan dia telah membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat yang diserang oleh tentera Jepun.
(iii) Konflik
Adik beradik Khalid memeluk ibu mereka kerana perasaan takuat yang amat sangat. Pak Husain hilang semasa mengetuai perpindahan orang-orang kampung. Pak Husain ditahan askar Jepun untuk menggali kubur ketika dalam perjalanan memeriksa barang-barang di rumahnya.
(iv) Klimaks
Sewaktu Pak Husain melarikan diri dari tahanan askar Jepun dan semangat Pak Husain hilang dan sentiasa meracau apabila teringat kembali tentang mayat-mayat yang dikebumikannya. Ketika pendaratan perompak di kampung Pak Amat, dia telah membedil para perompak dengan senapang yang diambil dari askar Punjabi dan menyebabkan rumah Pak Ngah Isa terselamat termasuklah penduduk kampung.
(v) Peleraian
Setahun selepas Jepun menyerah kalah, Pak Husain terkena saki baki bom yang ditanam dan mengakibatkan kaki Pak Husain dipotong. Khalid mengimbas kembali segala peristiwa yang menimpa Pak Husain dan keberaniannya menentang musuh serta berharap hubungannya dengan Pak Husain terus terjalin.

1. Pemerian
ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah timur. Kemerah-merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa langkah para nelayan ke gigi ombak…
2. Dialog
“Jemputlah ke rumah kami, kataku. “ kami tinggal di Jalan ayam. Abang dan Adik kebetulan ada.”
“Terima kasih Khalid!” Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku.
Teknik Plot
3. Suspens
Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dan dia tetinggal dalam saat akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak seorang pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan. Dan ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain. Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar. Dan sekarang. Mak Bidah pula meraung…
4. Imbas kembali
…usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Husain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya…

Latar Masa
 30 tahun lalu (situasi perang)
 Tahun 1941 – 1973
 Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan
 Semasa zaman penjajahan Jepun

Latar Tempat
 Kampung Pulau Pak Amat
 Kampung Tok Lukup
 Sungai Gali
 Kampung Dal
 Jalan Bayam

Latar Masyarakat
 Masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat
 Masyarakat nelayan yang bekerja menangkap ikan
 Masyarakat yang hormat menghormati sesama jiran tetangga
 Masyarakat yang setiakawan dalam memberi pertolongan

Watak Utama
Pak Hussain
 Berusia 60 tahun
 Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom)
Latar
Watak dan Perwatakan
 Berpakaian sederhana (keperibadian desa – suci murni)
 Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampong Pulau Pak Amat.
 Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau – racau.
 Berjasa kepada orang –orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampong.

Watak Sampingan
1. Khalid (aku)
 Anak Pak Hasan
 Menghormati pak Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampong
2. Fatimah
 Ibu Khalid
 Seorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila Jepun menyerang kampung mereka.

Gaya Bahasa
1. Kata ganda
Contoh: berjabu-jabu
2. Metafora
Contoh : gebar kebingungan
3. Hiperbola
Contoh : diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa
4. Personifikasi
Contoh : ombak pagi yang malas

Nilai
1. Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun
2. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.
3. Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.
4. Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.

Pengajaran
1. Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.
2. Kita hendaklah bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.
3. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.
4. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.


Latihan
1. Apakah kecacatan Pak Husain?
2. Berapakah usia Pak Husain ketika bertemu dengan Khalid?
Jawapan
1. Kaki Pak Husain buntung dan parut yang memanjang pada dahinya.
2. Umur Pak Husain ketika itu lebih daripada 60 tahun.