Assalamualaikum...
Sempena cuti sekolah pada 12 mac-16 mac 2012 yang lepas, saya dan suami bercuti ke Brunei dan Sabah..Kami ke sana dengan hanya menaiki kereta..Kami bertolak dari jam 9am dari bintulu menuju ke Miri yang mengambil masa selama 2jam setengah.. Saya dan suami serta dua orang rakan bersepakat untuk tidur semalaman di Miri sebelum bertolak ke Brunei keesokkan harinya..Tepat jam 8am dari Miri,kami bertolak menuju ke Brunei yang hanya mengambil masa selama 45minit untuk memasuki sempadan sarawak-brunei..
Memasuki imigresen negara brunei darussalam..
Setelah pasport di cop,kami meneruskan perjalanan ke Bandar Seri Begawan..Tempat pertama yang ditujui ialah Masjid Kubah emas yang popular di dunia ini.. Hal ini kerana, hanya terdapat lebih kurang 7 buah masjid kubah emas di dunia ini..Dua daripadanya terletak di negara brunei..
Masjid Jame’ Asr atau Masjid Bandar
Seri Begawan di Brunei Masjid yang merupakan bagian dari kompleks
Istana Bolkiah didirikan pada pertengahan tahun 1980-an untuk
memperingati 25 tahun Sultan Hassanal Bolkiah berkuasa. Masjid ini
memiliki 29 kubah yang diperbuat daripada emas murni 24 karat. Bangunan yang
terletak di tengah taman yang Asri
ini mempunyai luas hampir 2 hektar lebih. Keseluruhan kawasan masjid
ini dipagari dengan kisi-kisi besi dengan panjang kira-kira 1.082 km.
Terdapat lima pintu masuk ke lokasi ini, disamping dua pintu khusus
untuk keluarga diraja dan tetamu negara. Masjid ini memiliki 4 menara
yang masing-masing tingginya 189 kaki, dimana ada sekitar 297 anak
tangga pada setiap menara tersebut. Melalui menara ini, pengunjung akan dapat
melihat pemandangan sekitar masjid dan juga pemandangan Bandar Seri
Begawan dan Kampung Ayer..
Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke Sabah..Hanya singgah sekejap sahaja di brunei, kerana destinasi utama kami ialah sabah, negeri di bawah bayu..
kami terpaksa melalui 9 imigresen untuk sampai ke sabah..hal ini kerana Brunei dikelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia. Nama Borneo
diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman
dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo..
kereta naik feri menuju ke malaysia plak..nak masuk limbang..
Tepat jam 6pm,kami sampai ke beaufort..dan mengambil keputusan untuk menginap di beaufort dulu..drebar semua letih..hehehe..
to be continue....
No comments:
Post a Comment