Hari ni nak sharing is caring ngan sape2 yang terbuka blog saya nie..ok..
- Ringkasan cerita lebih kurang 100 -150 patah perkataan.
- Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.
- Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
- Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.
- Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
- Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
- Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
- Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
- Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
- Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.
- Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
- Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.
- Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.
- Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.
- Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.
- Walaupun begitu, untuk kajian komsas, hanya watak utama dan watak sampingan yang diberikan tumpuan.
Binaan plot:
-
Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
-
Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.
-
Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.
-
Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
-
Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
-
Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
-
Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
-
Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.
-
Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.
- Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
- Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut:
(a) Imbas kembali
Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
(b) Imbas muka
Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
(c) Saspens
Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
(d) Konflik
Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?
(e)
Kejutan
Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
(f)
Dialog
Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.
Latar
berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat
dalam cerita.
Latar
penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan
perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam
situasi pelbagai latar.
Latar
merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan,
tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:(a) Latar tempatMerupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.(b ) Latar waktu atau masaMenunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.(c) Latar masyarakat atau citra masyarakatMenunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.(e) Latar peralatan cerita dan watakAlatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.
Sudut
Pandangan (Aspek pilihan sahaja)
Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak.Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya.Teknik sudut pandangan:(a) Sudut pandangan orang pertamaPengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.(b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas (serba tahu)Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.(c) Sudut pandangan orang ketiga terbatasPengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja.(d) Sudut pandangan objektifPengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.
Jenis
Gaya Bahasa
|
Huraiannya
|
(a)
Diksi
|
|
(b)
Ayat
|
|
(c) Personifikasi
|
|
(d)
Simile
|
|
(e) Metafora
|
|
(f) Hiperbola
|
|
(g) Sinkope
|
|
(h)
Rima
|
|
(i)
Asonansi
|
|
(j) Aliterasi
|
|
(k)
Pengulangan
|
|
(l) Perlambangan
|
|
Antara contoh nilai ialah:
- Baik hati
- Berdikari
- Hemah tinggi
- Hormat-menghormati
- Kasih sayang
- Keadilan
- Kebebasan
- Keberanian
- Kebersihan mental dan fizikal
- Kejujuran
- Kerajinan
- Kerjasama
- Kesederhanaan
- Kesyukuran
- Rasional
- Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.
Pengajaran ialah
peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh
pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.
Dalam karya
tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi
dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.
Gunakan nilai sebagai
asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat jawapan anda
dengan
- Kita hendaklah
……..
- Kita seharusnya…….
Jika nilai
negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan
- Kita jangan….
- Kita tidak boleh….
…diikuti dengan
contoh dalam teks.
No comments:
Post a Comment