My Blog List

Saturday, October 27, 2012

Salam aidiladha..

salam aidiladha..
Tahun nie merupakan tahun kedua aku dan suami serta anak tersayang beraya di perantauan..niat hati memang nak balik,tapi memandangkan lagi 2 minggu aku nak cuti sekolah dan balik kampung, so tak jadik la nak balik..huhuuhu..beraya la kat sini tanpa keluarga,hanya ditemani rakan2 yang turut sama2 x balik kampung..

apa2 pun, sambutan raya kami raikan jugak..walaupun ala kadar.. pagi raya aku hanya buat nasi impit ngan kuah kacang serta sate ngan nasi kerabu untuk kawan2 yang datang beraya.. mmg laku nasi kerabu ngan nasi impit..habis sume.. puas hati btl buat..heheheh..kawan2 pun ramai yg wat rumah terbuka.. keje ari2 makan jelah..

tapi sememangnya aku rindukan suasana raya haji kat rumah..best sgt2..dpt tgk org sembelih lembu..kat sini takder sgt..kat kg bwh rumah aku tu ader la kot..amsyar pun xkenal lembu lagi nie..yg dia kenal hanya cat..sampaikan anjing pun dia pgil cat..tgu balik kg baru dpt kenalkan binatang2 nie sume kat amsyar..sbbnya kat sini nak jumpa lembu, kambing, kerbau dan seumpama dgnnya mmg xder..ssh nak jumpa..yg byk anjing n dot...dot.. tp aku xpnh jumpa pun..hahhahhaa..

2minggu yang menyeksakan..xsabar nak balik kg..jumpa umi,abah, mak,ikiey,farah n fazli..rendu nak gadoh2 ngan diorg mcm  dulu2..hehehe..jg korang..

mood: counting....

Monday, September 17, 2012

Farmville

selamat pagi rakyat malaysia...
Entry kali ni cerita pasal farmville..tau tak kelas ape itu farmville..hehhehe..
sebenarnya aku rindu zaman belaja kat universiti dulu..kalau time2 macam ni sibukla aku dgn romate kesayangan aku tu,berebut-rebut bukak farmville..
memang memberi kesan sguh farmville nie..
sampaikan kalau tidur leh je kami kunci jam nak bangun kul brapecoz takut pokok kami mati...hahahhaha..

tapi best..tu jelah cara nak hilangkan bosan,tambah2 hari minggu coz aku ngan romate aku bkn jenis kaki berjalan..org lain hari minggu sibuk dating ngan pakwe..aku n romate sama-sama pakwe duk jauh..huhuhuhu..no dating2...

siang malam tulah keje kami..main farmville..sampaikan duk dlm kelas pun teringat kat pokok..hahhaha..
kenangan yang tak mungkin aku lupakan..dan kalau nak tahu, sampai skrg romate dia ckp dia masih main..aku da lama xbukak..mmg xder masa...

dan hari ni, di kesempatan yg ader, aku try gak bukak..nak tgk ape dah jadik..hehehehe..

dan yg tahu games farmville dlm fb ni, kalau masih main, reti main, syok main, selamat berfarmville aku ucapkan...hehehehe...

Thursday, September 13, 2012

duri dalam daging...

Duri dalam daging... jwapan untuk soalan peribahasa percubaan spm bahasa melayu..hehehehe..

ader maksud tersirat di sebalik peribahasa tersebut..
kenapa, mengapa, bagaimana, di mana, siapa....
 hehehhe..it's a long story.. sometimes i think, should i've been friend with the people like that(menjadi persoalan di minda)
no..no..no... because of that, i don't believe all people around me.. 
why... coz some people ni,depan kita mulut dia amat-amat manis..( ape punya cg bm da...)..
tapi belakang kita, ape tak kata..

Pengalaman mendewasakan kita..dan dengan pengalamanlah kita dapat mengenali anasir-anasir seperti ini..
dan apa yang aku buat, duduk, dan bersama-sama bermain wayang dgn org2 yg manis mcm pavlova nie..rangup di luar,lembut di dalam (ape kaitan ni....)hehehhe.. ore klate oyak main angin, jage dok sekat angin ore....

                          tiada kaitan dgn post di atas, pic ni diletak sb teringin nk mkn..huhuhu




 

aku yg sibuk..


salAm semua...

hari ini baru aku berkesempatan membuka blog yg telah lm berhabuk tidak digilap.. mmg aku btl2 sibuk, sibuk dgn anak, sekolah, dgn bdk2 spm yg nk trial exam, dgn tugas sebagai guru tingkatan yg kena wat mcm2.. ( org yg xtau mmg la kate tugas guru ni senang, huhu) mmg byk btl keje, nk menghadapi karenah pljr yg bermacam ragam.. adoi.. pening aku.. ape2 itulah cbrn dunia yg aku pilih.. chaiyok2..

Minggu ini pun aku akan sibuk jugak..sebabbbbbb... PM akan dtg Bintulu sempena hari malaysia pd 16 sept nanti..dan semua cikgu cikgu diminta untuk hadir dari pukul 6.30pm lagi kena berkumpul kat sekolah (tak semayang maghrib ke)..ooo..tidak,semua guru akan sembahyang berjemaah di surau sekolah..

rasa malas nak pergi tu ader gak..sebabnya terpaksa tinggalkan amsyar..erm,ataupun mungkin akan aku bawa amsyar sekali..malam-malam nak kena tinggal umah pengasuh tak best jugak..

stop busy yg tu...

yang lain plak, semak kertas BM pelajar yg bermacam-macam tulisan dan ayat,dan kesalahan, dan ejaan dan banyak lagi dan...adoi..mujurlah ramai yg meningkat,daripada gagal boleh dapat D..ok la tu kan.. seorang pelajar yg memang malas,setelah diberi jampi serapah, sembur dengan air sirih, bagi makan gula-gula banyak-banyak, akhirnya...ader perubahan..Alhamdulilah..perasaan yg amat2 best...

satu kelas lagi aku tak siap semak..tadi kat sekolah baru siapkan analisis item untuk bm kertas 2..sangat2 memeningkan dan rase nak termuntah..bayangkan, terpaksa catat semua yg pelajar betul dan salah,markah dia satu persatu.. yang suka sangat menghina tugas guru ni,kalau bagi analisis item ni pun boleh termuntah.. bukan bm sahaja,tetapi semua subjek yang kena wat..tu satu, yang jadik guru tingkatan plak(aku guru tingkatan 4i :).. kena wat kad nilam pelajar, kena isi markah ko-k pelajar..tu tak siap key-in markah lagi..malam ni aku pulun wat..

memang banyak kerja yang kena wat, tapi, itulah tugas aku.. dengan anak yg sibuk menolong kita sama pun terpaksa buat lagi.. anak pun kadang-kadang di abaikan..main pen sorang2,tarik buku sorang2,masuk bwh meja,kutip itu ini then masuk mulut..ibunya sibuk..hahahhaha..

amsyar da biasa dengan keadaan ini..dari umur 3bln sampai sekarang, dunia amsyar penuh dengan kertas, pen, buku..hehehe.. dari kecik lagi masuk sekolah..ader meeting, sukan, perjumpaan dgn pelajar, bersih kelas, bersih sekolah, amsyar akan menemani aku(kalau suami aku sibuk gak)..tapi, amsyar bdk baik..dia tak pernah buat perangai semasa aku bawa dia ke sekolah ataupun time aku buat kerja..dia hanya kacau sepahkan buku2 dan fail2 aku dlm rak, tarik kertas yg nak kuar dari printer,then aku print lain, masuk bawah meja, amik tong sampah,conteng lengan,kaki aku dgn pen..itu semua small matter kate mat saleh la..

ape2 pun, aku suka jadik cikgu... sesibuk mana pun, sebanyak mana kerja pun, aku jarang nak stress.. sebabnya... aku akan ikhlaskan diri aku buat semua itu..dan keje pun akan siap dgn cemerlangnya..hehehe..

aku bangga jadik cikgu.....


Nota Pahlawan Buntung

nota : Pahlawan Buntung Tingkatan 5

Cerpen Pahlawan Buntung
(S. Othman Kelantan)

Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

1. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup.
2. Persoalan keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.
3. Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.
4. Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.
5. Persoalan berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup.
6. Persoalan hormat kepada warga tua atau warga emas

Secara keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu;
(i) Permulaan
Watak Pak Husain diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang telah berlaku berdasarkan fizikal.
(ii) Perkembangan
Dialog antara Pak Husain dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap peperangan yang menyebabkan keluarganya berpindah. Pada ketika itu Pak Husain berusia 30 tahun dan dia telah membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat yang diserang oleh tentera Jepun.
(iii) Konflik
Adik beradik Khalid memeluk ibu mereka kerana perasaan takuat yang amat sangat. Pak Husain hilang semasa mengetuai perpindahan orang-orang kampung. Pak Husain ditahan askar Jepun untuk menggali kubur ketika dalam perjalanan memeriksa barang-barang di rumahnya.
(iv) Klimaks
Sewaktu Pak Husain melarikan diri dari tahanan askar Jepun dan semangat Pak Husain hilang dan sentiasa meracau apabila teringat kembali tentang mayat-mayat yang dikebumikannya. Ketika pendaratan perompak di kampung Pak Amat, dia telah membedil para perompak dengan senapang yang diambil dari askar Punjabi dan menyebabkan rumah Pak Ngah Isa terselamat termasuklah penduduk kampung.
(v) Peleraian
Setahun selepas Jepun menyerah kalah, Pak Husain terkena saki baki bom yang ditanam dan mengakibatkan kaki Pak Husain dipotong. Khalid mengimbas kembali segala peristiwa yang menimpa Pak Husain dan keberaniannya menentang musuh serta berharap hubungannya dengan Pak Husain terus terjalin.

1. Pemerian
ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah timur. Kemerah-merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa langkah para nelayan ke gigi ombak…
2. Dialog
“Jemputlah ke rumah kami, kataku. “ kami tinggal di Jalan ayam. Abang dan Adik kebetulan ada.”
“Terima kasih Khalid!” Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku.
Teknik Plot
3. Suspens
Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dan dia tetinggal dalam saat akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak seorang pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan. Dan ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain. Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar. Dan sekarang. Mak Bidah pula meraung…
4. Imbas kembali
…usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Husain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya…

Latar Masa
 30 tahun lalu (situasi perang)
 Tahun 1941 – 1973
 Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan
 Semasa zaman penjajahan Jepun

Latar Tempat
 Kampung Pulau Pak Amat
 Kampung Tok Lukup
 Sungai Gali
 Kampung Dal
 Jalan Bayam

Latar Masyarakat
 Masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat
 Masyarakat nelayan yang bekerja menangkap ikan
 Masyarakat yang hormat menghormati sesama jiran tetangga
 Masyarakat yang setiakawan dalam memberi pertolongan

Watak Utama
Pak Hussain
 Berusia 60 tahun
 Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom)
Latar
Watak dan Perwatakan
 Berpakaian sederhana (keperibadian desa – suci murni)
 Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampong Pulau Pak Amat.
 Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau – racau.
 Berjasa kepada orang –orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampong.

Watak Sampingan
1. Khalid (aku)
 Anak Pak Hasan
 Menghormati pak Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampong
2. Fatimah
 Ibu Khalid
 Seorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila Jepun menyerang kampung mereka.

Gaya Bahasa
1. Kata ganda
Contoh: berjabu-jabu
2. Metafora
Contoh : gebar kebingungan
3. Hiperbola
Contoh : diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa
4. Personifikasi
Contoh : ombak pagi yang malas

Nilai
1. Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun
2. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.
3. Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.
4. Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.

Pengajaran
1. Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.
2. Kita hendaklah bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.
3. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.
4. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.


Latihan
1. Apakah kecacatan Pak Husain?
2. Berapakah usia Pak Husain ketika bertemu dengan Khalid?
Jawapan
1. Kaki Pak Husain buntung dan parut yang memanjang pada dahinya.
2. Umur Pak Husain ketika itu lebih daripada 60 tahun.

Monday, April 30, 2012

~Happy birthday Ummi~

Selamat Hari Jadi Ummi..
Dari jauh akak kirimkan doa buat ummi agar ummi sentiasa sihat selalu, gembira, dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki..
i love u so much..


ummi,
terima kasih kerana telah membesarkan akak dgn penuh kasih sayang..
yang tak mungkin dapat akak balas sampai bila-bila..
pergorbanan ummi tiada nilainya..
walaupun dengan berjuta emas belian, duit dan harta..  
terima kasih kerana menjadi teman di kala akak berduka..
sahabat di kala akak ingin berkongsi rahsia..
ummi lah ibu terbaik di dunia..
tiada banding dengan siapa-siapa..
betapa besarnya pengorbanan ummi sejak akak dalam kandungan hingga melihat dunia yang fana ini..
akak telah merasai pengorbanan sebenar seorang ibu..
terima kasih ummi..
kerana telah mendidik akak hingga berjaya..
gaji beribu tidak dapat membalas jasa ummi..
Selamat Hari Lahir Ummi...

di mana kan ku cari ganti...:(

esok cuti sempena hari pekerja..hooreyyy..encik suami yg amat aku cintai kuar td,pg meeting utk ari keluarga,tgl aku ngan amsyar jer.erm...mase duk sorg2 td, aku buka laptop tgk gmbr2 ms tunang dan nikah dulu..tiba2 terpndg satu wajah yg aku rindui..terasa bagai dia masih ada lg..kdg2 aku terlupa bhw dia telah mninggalkn kami tnp smpat melihat cucunya membesar..dia yg aku maksudkn ialah ayah mertuaku..bru smlm aku dan suami berbicara tentang ayah..ayah mntua yg telah lm ku anggap spt ayahku sendiri..terpancar kesedihan di wajah suami ku smlm saat kami bercerita ttg ayah,ape yg ayh suka mkn,ms ayh keje askar dlu dan byk lg la..aku tahu,suami aku sedih tatkala kami berbicara ttg ayah..aku turut merasai kesedihan itu..ayah umpama abah ku sendiri,yg aku rasekn ayah mertua paling baik di dunia ini.. aku mengenali ayah sejak zmn sekolah lg..ms tu aku ingt ayah seorg yg grg(mgikut cerita suami aku la)..first time jmp ms ayah dtg sek sewaktu pjmpaan ibu bp utk pljr f6..ms tu aku sekelas dgn suami..tersenyum sorg diri biler teringatkn situasi waktu tu,ketika ayah mberitahu guru kls kami bhw suamiku sering bmain msg setiap kali ayah mbuka pintu bilik suami ku..ms tu ayah xtau aku n suami tgh bercintan cintun,ayah hny mgenali aku sbg kwn sekls suamiku shj dan bkn mgenaliku sbg bkl menantunya..hehe..indah sguh waktu itu..
aku selalu ikut ayah pergi meniaga,pergi beli brg kat kb la,masa aku bersalin dan berpantang kat umh,ayah selalu dtg tengok amsyar,bwk amsyar pergi klinik,bawa aku pergi umah tukang urut,pagi2 lg da dtg amik aku..masa tu suami aku ader kt srwk.. 
kuar dgn ayah ngan cek,dgr ayah bercerita,mkn buah jambu beli tepi jln,sume tu da jadi kenangan yg xmungkin aku lupakan..
mana nak cari ayah mentua seperti ayah..
he's the best father in the world..
i love him like my own father..
 walaupun kini,ayah tlh meninggalkan kami,namun kami sentiasa merindui dan menitipkan doa buatnya agar rohnya tenang di sana..



Saturday, April 7, 2012

~Pilih Kasih~

mlm ni x busy sgt,dapat blogging..amsyar da tdo kul 8lbh td lg..letih bermain..suami plak tgh tgk tv,so aku amik kesempatan yang ada ini untuk buka blog sambil menyemak karangan budak yang membuatkan mata aku berpinar-pinar,utk hilangkannya,buka blog,menaip kejap,then semak buku budak,then taip balik..huhuhu..
erm..ader cerita hot n spicy aku nak kongsikan..pilih kasih..bukan program dlm tv tu tau..hahaha..ni kisah betul..yg telah aku lihat sejak dari kecik smpai skrg..dlm kita xsedari,masih ramai lg golongan masyarakat kiter yg pilih kasih dalam segala hal..ader yg bos pilih kasih,ader yg mak pilih kasih,kwn,bf/gf dan seumpamanya..
yg sering berlaku dpn mata aku ialah apabila seorang emak yang terlalu memilih kasih..bukan pada anak,tp pada anak sedara..mmg x dinafikan,anak sedara itu dipelihara sejak masih bayi lg,tp itu tak bermakna anak sendiri diabaikan dan menganggap anak sendiri umpama org luar..kesian anak itu..
sejak dari kecik,ditinggalkan dgn nenek..bersekolah di kampung,sementara si emak berada di bandar dan anak sedara kesayangannya itu dibawa bersama..kesian anak itu..si kakak dan si adik..
duit yg dihantar utk perbelanjaan harian utk ke sekolah,di amik plak oleh mak sedara mereka..kesian kan..dr kecik mmg tidak pernah merasakan kasih sayang sebenar seorg ibu..
emaknya hanya balik jarang2..apabila ayah tiri mereka pencen (ayah sebenar bercerai dgn mak mereka dan kawin lain gak),si emak ni blk ke kampung,menetap di kampung.. tinggal lah si emak td dgn dua org anaknya dan ank sedara kesayangannya..
Kini,si emak sudah tua..namun kasih sayangnya mmg tidak berbelah bahagi kpd anak sendiri,cucu sedaranya pun dianggap mcm cucu sendiri..kdg2 cucu2 sebenar mrk amat mrh dan cemburu,tp org tua mcm tulah,bila ditegur,akan mudah terasa...
si anak sedara tu plak..dikatakan seorg yg busuk hati..telah menggunakan ubt guna-guna utk membuatkan emak sedaranya menyayanginya dan anak2nya lbh pd anak dan cucu dia sendiri..betapa busuk hati wanita itu...
sehingga ke hari ini,aku masih lagi mendengar cerita yg sama..duit pencen tiap2 bln,ntah melayang ke mana,sbb selalu jer ckp xder duit,sedangkan dia hanya menyara diri sendiri,tambahan pula si anak-anaknya selalu memberikan duit belanja..
kesian anak-anak itu..
si anak yang banyak berkorban semasa sakit dan demam..yang sentiasa ingin mendengar kata-kata kemesraan daripada bibir yang disayangi..
anak yang ingin memanggil seorang emak itu dgn panggilan 'emak'..kerana sejak dr kecik,mereka telah diajar oleh emak mereka untuk memanggilnya dgn panggilan nm shj..
terukkan???
setiap aku mendengar cerita ini,aku menangis..betapa peliknya emak itu..yg telah mengandungkan anaknya selama 9bln..tidak ader secebis kasih sayang kah pada anak itu..
Setiap kali aku bertanyakan kbr di kg,mesti cerita hot n spicy ini singgah di telingaku..
Aku berdoa moga suatu hari nti,si emak ini akan sedar betapa pentingnya anak yang selama ini dibiarkan..yg terumbang-ambing dalam mendakap kasih sayang seorang ibu.. 
konklusinya..sebagai seorang hamba Allah,tidak perlu kiter untuk membeza-bezakan orang dan terlalu memilih kasih..tidak semestinya org yg kita sayang itu menyayangi kita,mungkin hny ingin mengambil kesempatan pd diri kita..mungkin juga org yg kita syg itu tidak akan menolong kita apabila kita ditimpa kesusahan nanti..
kasihanilah anak itu..
p/s:jgn terlalu pilih kasih!!!

saya syg sgt2 kat umi dan abah saya...muaahhh!!!
 

Saturday, March 31, 2012

~Seiring Dan Sejalan~

Hari minggu yang indah hanya dapat dinikmati bersama-sama dengan putera kesayangan jer..encik suami sy kursus hakim bola baling,alangkah xbestnya,da la keta xder,dia bwk,motor aje ader,motor sy xder lesen,naik secara haram aje..huhuu..sy mmg takut nak bw motor,sik tau nyat napa..opps,ader cerita nk bgth..tara......
ari ni nak citer psl keta yg famous di smk bintulu..tiga buah kereta yg menjadi sebutan dlm kalangan pelajar..hehehe..nak tau sebab ape??? sebab no plat kereta yg hampir-hampir sama dan akan parking bersama-sama..kdg2 benda nie kiter tak perasan pun,tapi para pelajar la yg jdk tukang menyampaikan cerita hot n sensasi..
mula-mula dulu,saya pun tak perasan,pastu ader pelajar kelas yang th,then masa blk sek,sy tgk,yea,mmg sama dan hari-hari mcm nilah keadaannya..boleh dikatakan hari-hari kami parking ditempat yg sama..lucu plak kalau tgk,macam berjanji-janji plak...7040,4070 dan 7070..

 geng kamceng..huhuh..

para pelajar selalu akan gelak biler tgk kereta kami nie..hahahha..ape2 pun tu tandanya kami 3 org ni mempunyai keserasian..hehehe..

Thursday, March 22, 2012

~Pavlova~

salam..
hari saya nak kongsikan cara nak buat pavlova..ramai kwn2 drpd fb mtk resipi pavlova nie..ader yg dah sy pm kan resepi..ok,kat sini saya nak share resepi pavlova yg est tu..hehehe..knp saya ckp best??? sebab suami saya amat suka ngan pavlova nie,saya suka membuat sahaja,nak makan kurang skit..
ok..bahan-bahan nak buat pavlova:

 4biji putih telur
1 cwn gula kastor (boleh kurgkn kalau xnk manis)
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1/2 sudu mkn tepung jagung

topping

diana guna whipping cream yg da siap
buah-buahan (kiwi,strawberry,blueberry)

cara2..

pukul putih telur hingga separuh kmbg,then masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga putih telur kmbng sepenuhnya(akn nmpk mcm bkilat gitu)
pastu masukkan esen vanila,cuka n tepung jgung.kacau hingga sebati
pnskn oven dlm 15minit..kemudian bkr dlm 1jam dgn suhu 130 drjh celcius.
ttp suis n biar pavlova sejuk..
then ltk topping ngn buah..siap..hehe..

sy hny guna buah kiwi n blueberry je,buah strawberry xder..

da separuh dimakan oleh encik suami sy..

try la wat yea kwn2..best tue..rangup di luar dan lembut di dalam..

p/s:Sharing is Caring..

Sunday, March 18, 2012

Cuti-cuti Malaysia part 1

Assalamualaikum...
Sempena cuti sekolah pada 12 mac-16 mac 2012 yang lepas, saya dan suami bercuti ke Brunei dan Sabah..Kami ke sana dengan hanya menaiki kereta..Kami bertolak dari jam 9am dari bintulu menuju ke Miri yang mengambil masa selama 2jam setengah.. Saya dan suami serta dua orang rakan bersepakat untuk tidur semalaman di Miri sebelum bertolak ke Brunei keesokkan harinya..Tepat jam 8am dari Miri,kami bertolak menuju ke Brunei yang hanya mengambil masa selama 45minit untuk memasuki sempadan sarawak-brunei..

   Memasuki imigresen negara brunei darussalam..

Setelah pasport di cop,kami meneruskan perjalanan ke Bandar Seri Begawan..Tempat pertama yang ditujui ialah Masjid Kubah emas yang popular di dunia ini.. Hal ini kerana, hanya terdapat lebih kurang 7 buah masjid kubah emas di dunia ini..Dua daripadanya terletak di negara brunei..


Masjid Jame’ Asr atau Masjid Bandar Seri Begawan di Brunei Masjid yang merupakan bagian dari kompleks Istana Bolkiah didirikan pada pertengahan tahun 1980-an untuk memperingati 25 tahun Sultan Hassanal Bolkiah berkuasa. Masjid ini memiliki 29 kubah yang diperbuat daripada emas murni 24 karat. Bangunan yang terletak di tengah taman yang Asri ini mempunyai luas hampir 2 hektar lebih. Keseluruhan kawasan masjid ini dipagari dengan kisi-kisi besi dengan panjang kira-kira 1.082 km. Terdapat lima pintu masuk ke lokasi ini, disamping dua pintu khusus untuk keluarga diraja dan tetamu negara. Masjid ini memiliki 4 menara yang masing-masing tingginya 189 kaki, dimana ada sekitar 297 anak tangga pada setiap menara tersebut. Melalui menara ini, pengunjung akan dapat melihat pemandangan sekitar masjid dan juga pemandangan Bandar Seri Begawan dan Kampung Ayer..
Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke Sabah..Hanya singgah sekejap sahaja di brunei, kerana destinasi utama kami ialah sabah, negeri di bawah bayu..
kami terpaksa melalui 9 imigresen untuk sampai ke sabah..hal ini kerana Brunei dikelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia. Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo..
 
 kereta naik feri menuju ke malaysia plak..nak masuk limbang..

Tepat jam 6pm,kami sampai ke beaufort..dan mengambil keputusan untuk menginap di beaufort dulu..drebar semua letih..hehehe..
to be continue....

Saturday, March 17, 2012

INdahnya Menjadi WaniTa

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."




"Cintaku Hanya untukmu"...

Ketika pulang dari stadium..

salam..
kejadian ini berlaku ketika saya baru pulang dari stadium sebab ada kejohanan sukan peringkat bahagian 2 minggu lepas..masa itu,saya berada di lampu isyarat,kebetulan lampu merah masa tue..tiba-tiba mata saya terpandang sesuatu di sebelah jalan sana..terlihat seorang tua terbaring kaku di tepi jalan..saya tak pasti sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia..tapi orang ramai hanya memerhati..tidak menyentuh atau menyedarkan pak cik itu..pada firasat saya,mungkin pak cik itu sudah meninggal dan menjadi mangsa langgar lari..kesian melihat pak cik itu..

                 sebelum lampu bertukar hijau,saya hanya sempat snap 1 gambar ini sahaja..

Sunday, March 4, 2012

Pendidik Bumi Kenyalang

LIRIK LAGU : PENDIDIK BUMI KENYALANG

Pendidik Bumi Kenyalang
Berdiri teguh berjanji tetap setia
Membimbing mendidik putera puteri Sarawak
Menuju cita mulia

Kata pasti kami kota
Inilah sumpah yang kami semua janjikan
Berkhidmat berbakti dengan hati yang ikhlas
Amanah timbang rasa

Segala rintangan itu hanya cabaran
Bersatu setiap masa
Pupukan semangat perpaduan
Tingkatkan nilai kerja

Maju Sarawak bahagia
Kamilah pendidik pembentuk masa depan
Membimbing sentiasa walau di mana saja
Jujur setiap masa

Pendidik Bumi Kenyalang
Dari seluruh Negari Malaysia
Bersama menuju ke arah cita-cita

Lirik Lagu Guru Malaysia

GURU MALAYSIA

 
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Monday, February 27, 2012

~Kegilaan~

salam..
Hari nie,saya nak bagitahu tentang kegilaan saya pada warna.. Warna yang amat saya minati sejak saya kecil.. saya minat warna biru,ungu,putih,merah,hijau dan paling minat warna merah jambu..semua barang yang dibeli seperti baju,tudung,kotak pensil,rak,dan sebagainya mesti diutamakan warna pink dulu..dan jgn terkejut,suami saya pun minat warna tersebut..brg2 pun kebanyakan kalau dia yang beli,mesti warna pink dulu dia ambil..hehehehe..nasib baik kami dapat anak lelaki,kalau dapat anak perempaun,mesti baju asyik warna pink aje....orang kata warna yang kita minat ini merupakan gambaran tentang diri kita..
Menurut kajian oleh pakar psikologi,warna nie mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang... jom kita tengok..


MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.
BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.
HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.
HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.
KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal 
MERAH JAMBU
warna ini melambangkan romantik,feminin. Warna ini mempinyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan..

So,kwn2,apa pilihan warna kegemaran anda???

 
ni antara brg2 saya yg warna pink(yg smpat snap la)..hehehe.
                                  ni beg kain sembahyang saya..

                                  ni alat2 sekolah saya..huhuhu..

                                   ni kalendar dan jam study saya..


                                    ni rak utk alat2 tulis..

                                    ni tong sampah saya..

                                     ni penyedok n penyapu yg suami saya beli..

                                                    ni selipar dlm bilik yg suami sy belikan..hehe

erm..banyak lg brg2 yang saya dan suami hadiahkan,yang beli berwarna pink..tak larat nak snap semua..thanks a lots utk suami saya,sebab semua bry2 yang dia beli utk saya semestinya warna pink yang perlu di dahulukan..

Thursday, February 23, 2012

student2 saya...

salam..
Hari ini jaga student exam lagi..samil2 jaga budak exam,semak kertas exam diorg..hoorey..saya da siap semak kertas bm utk 4buah kelas..untung kalau paper kiter exam awl,kire dpt siap awl semak kertas nie..dua kelas ting 4 n dua kls ting 5..yang xbestnya kelas 4i,5b n 5d masih lagi ader yg 'G' dlm bm..geram betul..kls 4s2 18org dpt A..tu jelah pgubat..huhuhu..kls lain xpyh ckp..ramai yg merah..ape2..kena tingkatkan lg usaha nk ajar diorg..kebanyakan yg gagal dlm bm coz xpndai nak mgeja,menulis..sb dlm kalangan mrk terutama kls 4i,masih ader yg xtau mbaca..huhuhu..ssh kan ajar knk2 nie(da bsar tp msih knk2,girl 4i) tension btl sy nk mgjr diorg nie..tlalu hyperactive dlm kls..dugaan sebagai guru..
     Yg sorg student sy siap bgth lg,kalau dia dpt E(bkn A tau) dia mtk sy belikan dia ipad..hahahha..byk cantik muka dia..cikgu sndiri pun xpakai ipad..hahahha..mcm2 student nie..sabo jelah..

Tuesday, February 21, 2012

Syukur pada Ya Allah...

salam..
pukul 7mlm td,bawak amsyar pergi cucuk 6bln..malas nak g hosp kerajaan,pergi aritu ubat abis katenya,last-last amik keputusan cucuk kat klinik swasta aje..cepat n mudah..cuma kena pakai duit aje skit..tp xpe,demi utk anak tersayang..amsyar dah 6bulan..cepat sungguh masa itu berlalu..rase baru aje melahirkan amsyar ke dunia ini..arini timabng,berat amsyar dah 8.5kg..patutlah berat semacam aje biler dukung dia..masa lahir dulu,kecik aje,2.48kg..nak pegang pun takut..sekarang,fuh..xlarat nak dukung dia lama-lama... indahnya saat bergelar seorang ibu..saat melihat mata dia,hilang segala kesakitan yang ditanggung..Syukur pada Mu Ya Allah,kerana mengurniakan aku seorang anak yang comel dan sihat..

                                                 ~gambar amsyar masa lps lahir~


                                               ~amsyar 6 bulan,dgn berat 8.5kg dah sekarang~


rase bahagia melihat amsyar membesar di hadapan mata..melayan kerenah dia,hilang segala keletihan waktu balik mengajar..terima kasih Ya Allah..

~kerinduan~

salam..
hari ini,rase rindu sangat2 kat family di kampung..lama lagi nak balik kampung tercinta..cuti bulan 3 ni kitorang tak balik..planning nak g holiday kat brunei n sabah.. konvoi ramai2..terasa juga ingin pulang ke kg,tp kalau tiap kali balik jer masa cuti,tak sempat nak g jalan2 kat brunei dan sabah..lagipun sarawak dengan brunei n sabah xder la jauh sangat..tu yang planning nak g holiday aje cuti nie..
    ape2 memang saya rindu sgt kat ummi,abah,farah,ikiey,fazli n mak..bestnya duk kat kg..leh makan mcm2..hehehhe..

                                                                 ~abah dan ummi kiter~

                                                                         ~mummy amsyar~


                                                                ~ayah su amsyar~

                                                                 ~ayah chik amsyar~

rindu.............nak balik....

Friday, February 17, 2012

Salam 1Malaysia..
Hari ini nak cerita pasal hari sukan SMK Bintulu..hehehe..sebenarnya hari kejohanan sukan antara rumah ni berlangsung pada 07-09 fe yang lepas..tak sempat nak update blog..keje bertimbun-timbun..dgn nak wat saps,stapler kertas exam, jdk ajk sijil untuk larian amal, jaga library dan sewaktu dengannya..kalau cerita sampai esok tak habis..banyak sangat keje..apu..huhu..namun,sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang guru..ceh,,ceh..hehehe..tapi masih ada dalam kalangan masyarakat hari ini yang fikir tugas guru terlalu senang..cuba try dulu baru tau..huhu.
  ok2..cerita pasal rumah sukan plak..tak abis lagi nie.. hehehe..kejohanan olahraga sukan antara rumah smk bintulu telah diadakan di stadium bintulu..bukan apa,sudah 3ribu lebih..ramai woo..dgn cikgu 204 org..so,kitorang berkampung di stadium bintulu beramai-ramai..seronok betul duk kat tengah2 padang nie,abis burn muka..ala2 minah saleh berjemur la..huhu..rumah sukan ader 8 rumah semua..jgn terkejut,biasalah sekolah paling ramai murid di sarawak n malaysia nie..yeke?? ok,ader rumah sukan warna hijau,putih,kuning,oren,merah,biru,ungu dan hitam..mmg ramai..tp tu yang membuatnya jadi happening masa hari kejadian..huhuhu..saya adalah guru rumah HIJAU..hijau hulk..hehehe..
   paling best masa acara guru..lari 8x5ometer..semangat betul cikgu2 perempuan lari..meriah dgn sorakan daripada ahli-ahli rumah sukan masing..dan johan utk acara ni,jatuh pada rumah merah..namun,dgn bangganya saya nak bgth bahawa rumah HIJAU dpt tempat kedua...hooreyyy..
    yang tak bestnya,muka saya burn..sampai sekarang tak hilang2 lagi..ala2 minah saleh yg berjemur plak aritu..huhu..apa-apa pun,saya amat enjoy..peace..


Tuesday, January 31, 2012

Aspek Kajian Sastera Untuk Teks Komsas

Hari ni nak sharing is caring ngan sape2 yang terbuka blog saya nie..ok..

  1. Ringkasan cerita lebih kurang 100 -150 patah perkataan.
  2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.
  1. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
  2. Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.

  1. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
  2. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
  3. Pelukisan   watak   itu   boleh   dilakukan   secara langsung   atau    secara    tidak    langsung   olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
  4. Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
  5. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
  6. Watak pipih  lazimnya tidak kompleks,  tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.
  7. Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
  8. Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.
  9. Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.
  10. Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.
  11. Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin   diktator,   koruptor,   penjenayah,   dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.
  12. Walaupun begitu, untuk kajian komsas, hanya watak utama dan watak sampingan yang diberikan tumpuan.

Binaan plot:
  1. Plot     ialah    sesuatu    yang     menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
  2. Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.
  3. Susunan   cerita  bergantung   pada   fantasi   dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi.  Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.
  4. Teknik  penyusunan  plot  yang   menarik   ialah penyusunan  peristiwa  secara   tidak  kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
  5. Permulaan   plot   ialah   peringkat   permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
  6. Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
  7. Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
  8. Perumitan   menuju   kepada   puncak   (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.
  9. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang  puncak dijadikan  pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.
 
  1. Teknik   plot   ialah   cara   pengarang   mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
  2. Antara   teknik   plot   termasuklah   seperti   yang berikut:
(a)    Imbas kembali
  1. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
  2. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
(b)    Imbas muka
  1. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan  awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
  2. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
(c)    Saspens
  1. Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
(d)    Konflik
  1. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.
  2. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
  3. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?
(e)   Kejutan
  1. Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
  2. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
 (f)   Dialog
  1. Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
  2. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau   fikiran   yang berkaitan dengan tema.
 
 
Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
Latar   penting   dalam   mengembangkan   tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.
Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
 Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
 (a)  Latar tempat
Merupakan   ruang   atau   tempat   peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.
 (b ) Latar waktu atau masa
Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.
 (c) Latar masyarakat atau citra masyarakat
Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.
 (e)   Latar peralatan cerita dan watak
Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.


Sudut Pandangan (Aspek pilihan sahaja)
Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak.
Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya.
 Teknik sudut pandangan:
 (a)   Sudut pandangan orang pertama
Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan.  Sudut pandangan ini  disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.
(b)    Sudut   pandangan   orang   ketiga   tidak terbatas (serba tahu)
Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.
 (c)   Sudut pandangan orang ketiga terbatas
Pengarang    tidak    menceritakan    semua peristiwa atau  watak tetapi  hanya  akan memilih      watak-watak      tertentu      dan penceritaannya  tertumpu  kepada  mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja.
 (d)   Sudut pandangan objektif
Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.
 


Jenis Gaya Bahasa
Huraiannya
(a)  Diksi
  • Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya
  • Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
(b) Ayat
  • Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang
(c)   Personifikasi
  • Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan
  • Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
  • Contohnya:    ...matahari   pagi   bangkit   daripada   selimut   gunung,    benaknya mendandan sejuta persoalan
(d) Simile
  • Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
  • Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran
(e)   Metafora
  • Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
  • Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
(f)   Hiperbola
  • Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya
  • Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi
(g)   Sinkope
  • Bermaksud penyingkatan perkataan
  • Contohnya: "Apa dah jadi ni?"
(h) Rima
  • Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi
  • Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir
(i)   Asonansi
  • Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak
  • Contohnya:  pengulangan  vokal “u”   dalam   baris  Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
(j)   Aliterasi
  • Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
  • Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan
(k)  Pengulangan
  • Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
  • anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !
  • epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
  • repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga
(l)   Perlambangan
  • merupakan   kata-kata   yang   digunakan   untuk   menerangkan   sesuatu   benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
  • contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda
  

Antara contoh nilai ialah:
  1. Baik hati
  2. Berdikari
  3. Hemah tinggi
  4. Hormat-menghormati
  5. Kasih sayang
  6. Keadilan
  7. Kebebasan
  8. Keberanian
  9. Kebersihan mental dan fizikal
  10. Kejujuran
  11. Kerajinan
  12. Kerjasama
  13. Kesederhanaan
  14. Kesyukuran
  15. Rasional
  16. Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.


Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.
Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.
Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat jawapan anda dengan
-     Kita hendaklah ……..
-     Kita seharusnya…….
        Jika  nilai negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan
-     Kita jangan….
-     Kita tidak boleh….    
  …diikuti dengan contoh dalam teks.